Monday, June 27, 2011

setelah sekian lama xhupdate blog

assalam....

agak lama jgk la kan aku xupdate blog nie..sory la..busy sket..aku nagh posting skarang...siyez,,busy gila2...semakin banyak aku blaja,semakin banyak la kerja aku..

sesungguhnya aku tersangat lah penat yang xdapt digambarkan ngan kata2 kecuali dengan tulisan nie ha...dengan dressing(cuci luka orang) la,medication,injection macam2 g la...terkejar-kejar aku kesana kemari...

ok thats all untuk luahan hati nie,,haiss...

caw..assalam=] 

Thursday, June 16, 2011

APA KATA HATI ...............

model:ENCIK KOTAK YANG COMEL


assalamualaikum...

hehe,,agak lama da xbercerita kan??ok..now Im going to talk about apa kata mereka...nampak x gambar kat atas tu??ENCIK KOTAK yang sedang termenung tu...ha..gambar inilah yang menggambarkan hati kami semua..student nursing N2/10 pada beberapa hari yang lepas... nak tahu kenapa??kerana semua orang asyik dok pikir yang adakah mereka lulus ataupun tidak dalam final x-am yang lepas...sampai ada yang xlalu makan,xboleh tidur..ada yang mandi x basah(ada ka?)entahla..but aku???sume takde x...aku lalu je makan,minum, tidur(sampai xlarat nak tido da)...haha

so untuk pengetahuan semua,hari nie sume kekawan aku leh la tau result diorang dan moga2 semua orang lalu balek makan,mandi dan tido..aku berharap agar semua orang akan berbahagia dengan result yang diorang dapat,,moga2 juga mereka dalam keadaan yang ,macam nie..

macam ENCIK KOTAK yang sedang berbahagia mengejar belon2 tanpa perlu merenung masa depan seperti gambar yang pertama tadi..

dan kepada kengkawan yang dapat result yang korunk rasa agak xmemuaskan,xpe..usaha lagi..bukan senang apa yang kita blaja nie.. xpa still ada masa untuk fight..gud luck..aku harap korunk sume xputus asa n jugak berharap agar xdak la orang yang xlulus nie..hopes sume lulus2 blaka...

kurigu..jangan jd macam encik kotak nie lagi...menangis merenung masa depan...

bagi aku ok la kalau nak menangis tok menghilangkan rasa kat hati tu coz aku pown slalu ja dok wat drama air mata..tapi bukan kat tv la..kat bantal aku ja...haha..kadang2 leh release punya sume rasa sesak kat dada tu..(bukan kadang2 tapi konfem tenang punya pas nangis nie)..BUT .. ada tapinya..jangan lama2..xelok..skali lepas dah...then mulakan dengan azam n semangat yang baru..sekali kita jatuh,kita xkan jatuh selama-lamanya...


P/S= sume pernyataan di atas adalah untuk kawan2 aku dan juga diri aku nie..Alahamdulillah dan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak,tak mengapa cuba lagi..maseh ada masa...


C U all in SEMESTER 3....

Sunday, June 5, 2011

MUTIARA HITAM BERHARGA....



"Dan di antara mereka ada yang berdoa:"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa neraka."
~al-Baqarah:201~ 


Assalamualaikum..=]

semoga sihat sejahtera dan dirahmati Allah...hati ini terpanggil untuk bercerita tentang Mutiara Hitam Berharga...SIAPAKAH DIA??Mungkin ada yang mengetahui dan mungkin ada yang tidak...Beliau ialah BILAL BIN RABAH...Beliau ialah seorang pemuda yang berkulit hitam yang diwarisi daripada ibunya, Hamamah.Kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda' yang bemaksud putera wanita hitam...

Kenapa BIlal bin Rabah??hati ini tertarik untuk menceritakan tentang beliau selepas membaca cerita beliau daripada sebuah buku yang menceritakan tentang beliau...Subhanallah..hati ni sangat tersentuh apabila membaca kisah perjalanan hidup beliau yang sangat perit dan sangatlah mencabar...

Betapa hebatnya dugaan yang Allah berikan kepada hamba yang dikasihi hanya kerana ingin diuji tahap keimanan mereka.. Walaupun diseksa dengan penuh kejam oleh tuannya,Umaiyah,seorang pembesar Quraiysh,tetapi hati beliau tidak pernah berdalih mahupun terfikir untuk cuba melarikan diri daripada tuannya keran beliau maseh memegang kata2 ibu dan ayahnya bahawa akan datang seorang pemuda yang akan membawa kebenaran dan keadalan seterusnya membebaskan golongan hamba berdiri sama darjat dengan yang lain...

Sekian lama menunggu akhirnya tiba jua pemuda yang dinanti-nantikan..Baginda ialah Nabi MUhammad SAW.Hati ini sangat tertarik dengan perasaan sayang dan cinta Bilal yang sangat mendalam terhadap Rasulullah sehingga sahabat Bilal sendiri,Uzer sangat cemburu kepada beliau kerana sring berdamping dengan Rasulullah. Kemana sahaja ada Rasulullah,disitu jugalah Bilal berada.

Sehingga selepas kematian Rasullullah,Bilal tidak sanggup lagi untuk melaungkan azan kerana beliau tidak mampu untuk menyebut nama Rasullullah ketika azan.Beliau akan menjadi sebak yang sangat tidak terhingga.  

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam),dan janganlah kamu bercerai-berai."
~Ali Imran:103~ 


Ingin mengambil ikhtibar daripada beliau juga,ingin menjadi sahabat yang baik.Beliau sentiasa menolong sahabat2nya yang berada dalam kesusahan.sebagai bukti,beliau masih percayakan Amar, walaupun orang lain mengatakan bahawa Amar telah murtad dan lari kerana takutkan seksaan dan khianat terhadap keluarga sendiri apabila ayahnya,Yasir,Ibu,Sumaiyyah dan adiknya,Abdullah dibunuh dengan seksaan yang teruk.Bilal mengatakan bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati Amar.
Beliau juga sentiasa memberikan semangat kepada sahabatnya,Uzer kerana Uzer sangat takowt dengan seksaan yang sangat teruk daripda tuan mereka.Beliau berkata,tuan mereka boleh memiliki tubuh mereka,tetapi jiwa mereka hanyalah milik allah.Beliau juga sering memberi nasihat kepada rakan2nya supaya jangan takut untuk berjuang kerana mereka akan mati syahid dan akan masuk syurga...
 
Cerita Bilal ini sangatlah mendidik hati ini agar terus cekal dalam meneruskan hidup hanya kerana ingin mencari sinar Islam dalam diri dan juga mendidik hati agar menjadi sahabat yang sentiasa menasihati dan saling memperingati kerana semoga sahabat yang baik kekal hingga ke syurga dan tidak akan membiarkan rakan2 hanyut keseorangan...
 
"Daripada al-Bara' katanya, Rasulullah telah berkata, 'tiada diantara dua orang Islam yang bertemu maka lalu berjabat tangan kedua-duanya melainkan diampunkan bagi kedua-duanya sebelum mereka berpisah'."
~riwayat Abu Daud dan Tarmizi~


P/S= untuk sahabatku- ASMAT HASEENA ABDUL KALAM..Terima kasih     untuk entry blog anda....Jazakallah ukhair... 


Saturday, June 4, 2011

CAHAYA DI ATAS CAHAYA



Allah menerangi langit dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar.Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu laksana bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak berkatnya, iaitu pokok zaiton yang mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun di waktu matahari terbenam, yang minyak saja hampir-hampir menerangi kerana jernihnya walaupun ia tidakdisentuh api.CAHAYA DI ATAS CAHAYA(berlapis-lapis)....~(an-Nuur:35)


sangat indah ayat ini kan??titipan daripada surah an-Nur.. alhamdulillah..Allah bukakan hati ini untuk membaca tafsir untuk ayat ini..kadang-kadang,apabila kita semakin banyak membaca,terasa macam semakin banyak lagi ilmu Allah yang kita xtahu sebenarnya..