Sunday, October 31, 2010

~BUAT TEMAN~

Teman aku ingin,

Teman aku Sayang,

Aku ingin kita sprti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan terjalin krn Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.

Serta Tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan orang tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai pencipta.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed Al-Qubs,
ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid. rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan A-Bannna,
Fikirannya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dr ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
Di mahkamah Mahsyar nanti,
INSYAALLAH

P/S:- untuk sahabat2 ku yang terlalu aku rindui
        x tau la kenapa,,,,,
        mayb sebab aku xpat jalani kehidupan seperti pelajar yang betul2 macam pelajar,,,,
         ADAPTASI DARIPADA "TAUTAN HATI" KARYA FATIMAH SYARHA MOHD. NORDIN
















Saturday, October 23, 2010

HATI


LUAHAN HATI KU....

maaf aku ucapkan kerana sudah terlalu lama aku x update blog aku nie,

tetapi sudah lama juga aku menyimpan perasaan ini untuk diluahkan,

selama 4 bulan aku belajar n menjadi seorang student NURSING,,,,,

apa yg aku rasa??

aku rasakan aku bukan hanya seorang pelajar malahan seorang yg mempunyai tanggungjawab yg 

cukup berat di bahuku,,,

aku belajar tidak seperti pelajar-pelajar yg laen,

yg hidup mereka memang seperti seorang PELAJAR,

mungkin klu org membaca luahan hatiku ini,

mereka merasakan yg aku sangat menyesal n patah hati meneruskan pelajaran dalam bidang ini,

tetapi untuk pengetahuan semua,

aku xpernah menyesal menjejakkan kaki dalam jurusan ini,

malahan aku sangat gembira kerana dapat membantu golongan yg memerlukan.

hal ini kerana,

aku sangat gembira apabila mereka mengucapkan TERIMA KASEH kepadaku apabila aku selesai 

berkhidmat untuk mereka,

TETAPI

jiwa remajaku tidak terlepas drpd mempunyai perasaan cemburu terhadap rakan2 ku yg laen yg 

sekarang meneruskan pengajian d alam universiti.

bukan aku xdapat,TETAPI ku menolak tawaran ke u,,,

apabila mereka menceritakan pengalaman mereka d u,

aku merasakan aku ingin sama mengikut mereka kesana,
belajar tanpa rasa ada tanggungjawab yg memikul seperti apa yg aku rasakan sekarang,,

akublaja d cn tidak seperti kehidupan seorang pelajar,

mmg d cn d penuhi dengan kelengkapan2 yg mewah2,

tetapi bukan ini yg aku mahu,

apa yg aku mahu ialah sebuah suasana seperti yg aku inginkan,,

kawasan univercity yg luas,yg dapat berjalan kesana kemari yg kehidupan hanya d penuhi dengan 

pelajar,,,

itulah perasaan yg paling aku impikan,,,

walau bagaimana pown,,

aku bersyukur kepada Allah kerana sekarang,,,

aku belajar dengan pembiayayaan drpd kerajaan,,,

tetapi aku hanya ingin meluahkan perasaan ku ini,,

yg terlalu sangat ingin menjejakkan kaki n ingin menjalani kehidupan yg sepenuhnya sebagai seorg 

pelajar...

kenapa aku maseh ada perasan seperti ini,
dalam hatiku ini maseh lagi menanam perasaan untuk menjd seorang doktor

hal ini bertambah lagi apabila mendengar seorg lecterer menyatakan bahawa seorg nurse boleh 

menukar profesionnya kepada seorg doctor,, 

insyaallah aku ke rah itu,,\\

selagi aku maseh mampu aku akan lakukan,

insyaallah

WALAUPUN SEKARANG INI AKU MASEH LAGI BERGELAR SEORG PELAJAR,,,,,,,,,