Saturday, September 10, 2011

agak lama...

Assalamualaikum...

wau..agak lama belog nie xterhupdate...bukannya sengaja..busy sesangat ditambah dengan tahap kemalasan secukup rasa...hmmmm...

kenapa tetiba hari nie aku terasa rajin nak hupdate belog??

kerana hari nie aku dah buat satu kesalahan...hua=(..sangat tak suka...tau x kesalahan apa??kesalahan yang aku sangat xsuka buat n aku jaga diri aku supaya xbuat kesalahan itu...

MARAH DEKAT ORANG LAIN...

as u all know,marah adalah sangat xbaek dan sangt dibenci allah dan sangat disukai syaitan,...tapi hari ini aku xberjaya nak mengawalnya..huhu...

benda nie berlaku tadi...selepas aku n famili g makan kenduri tadi aku tidoq da dalam kereta akibat terlalu kenyang + bukan aku yang memandu so boleh la aku tidoq...then tetiba aku terdengar ada suara panggil aku..laa..umi aku rupanya...suruh aku g beli buah tembikai kat tepi jalan...

then aku nie yang tengah mamun + marah kerana tidur aku terganggu,aku pown turun la nak membeli...then dari dalam kereta mak aku dok suruh ayah aku beli ubi keledek plak...ayah aku pown sambil pilih sambil tunjuk kat mak aku..mak aku plak dok cakap dr dalam kereta dengan suaranya yang amat susah nak dengar..sebab dok tepi jalan,,then ayah aku give up bagi kat aku tugas memilih ubi keledek tu...


aku dengan perasaan marah yang xhabis lagi sebab tidur yang diganggu,aku pown dengan garangnya berkata kepada SI PENJUAL tadi(bukan orang malaysia,Vietnam kowt)....dia pegang plastik n dengan siap2 nak tolong aku pilih....aku pown pusing menghadap dia dan berkata...."BAGI PLASTIK TU!!!!"...u know...cakap ayat tu dalam keadaan MARAH..(anda semua boleh try)....then mayb dia terasa hati dan berlalu dari situ...

hua...aku terasa sangat marah sampai aku xsedar yang aku dah marah dia....tapi dia datang balek slepas tu..aku pown cakap kat dia...sekarang cakap baek2 la..."saya xpandai nak pilih ubi keledek yang elok2"/....dia pown mula2 macam xmau tolong aku sebab aku marah dia tadi..then perlahan2 dia nak tolong aku da coz mayb muka aku ddah berubah kembali menjadi manusia daripada dia tengokk muka singa aku td....

selepas tu dari dalam kereta,,sampai umah...aku asyik fikirkan perangai aku tadi...bukannya aku malu kat dia sebab perangai aku tadi..(tapi adalah jgk)..tapi aku sangat malu kat Allah kerana xdapat menahan perangai marah ku td...Ya Llah ampunkanlah dosa aku td sebab buat perangai xelok td,...nak mintak maaf kat orang tadi pown da xjumpak da kowt...

P/S = jangan buat perangai macam cerita kat atas...sangat xelok dan huduh sangat bila orang buat perangai macam tu tambah2 lagi perempuan..macam aku...nasihat nie untuk diri saya dan sesiapa saja yang baca blog nie...


P/S num 2 = sampai mak aku perasan kenapa la mamat tu trus tinggalkan aku sorang2 pilih ubi keledek td n mak aku trus dapat idea mengatakan bahawa anak dia tu memang dah melepaskan marahnya dekat orang lain....NALURI EMAK MEMANG BETUL....

n actually da lama da aku xmarah orang n aku pendamkan saja marah tu..mungkin sebab xtahan sanagt da kowt..tu yang start wat perangai macam dulu balek...

huhu.....