Sunday, June 5, 2011

MUTIARA HITAM BERHARGA....



"Dan di antara mereka ada yang berdoa:"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa neraka."
~al-Baqarah:201~ 


Assalamualaikum..=]

semoga sihat sejahtera dan dirahmati Allah...hati ini terpanggil untuk bercerita tentang Mutiara Hitam Berharga...SIAPAKAH DIA??Mungkin ada yang mengetahui dan mungkin ada yang tidak...Beliau ialah BILAL BIN RABAH...Beliau ialah seorang pemuda yang berkulit hitam yang diwarisi daripada ibunya, Hamamah.Kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda' yang bemaksud putera wanita hitam...

Kenapa BIlal bin Rabah??hati ini tertarik untuk menceritakan tentang beliau selepas membaca cerita beliau daripada sebuah buku yang menceritakan tentang beliau...Subhanallah..hati ni sangat tersentuh apabila membaca kisah perjalanan hidup beliau yang sangat perit dan sangatlah mencabar...

Betapa hebatnya dugaan yang Allah berikan kepada hamba yang dikasihi hanya kerana ingin diuji tahap keimanan mereka.. Walaupun diseksa dengan penuh kejam oleh tuannya,Umaiyah,seorang pembesar Quraiysh,tetapi hati beliau tidak pernah berdalih mahupun terfikir untuk cuba melarikan diri daripada tuannya keran beliau maseh memegang kata2 ibu dan ayahnya bahawa akan datang seorang pemuda yang akan membawa kebenaran dan keadalan seterusnya membebaskan golongan hamba berdiri sama darjat dengan yang lain...

Sekian lama menunggu akhirnya tiba jua pemuda yang dinanti-nantikan..Baginda ialah Nabi MUhammad SAW.Hati ini sangat tertarik dengan perasaan sayang dan cinta Bilal yang sangat mendalam terhadap Rasulullah sehingga sahabat Bilal sendiri,Uzer sangat cemburu kepada beliau kerana sring berdamping dengan Rasulullah. Kemana sahaja ada Rasulullah,disitu jugalah Bilal berada.

Sehingga selepas kematian Rasullullah,Bilal tidak sanggup lagi untuk melaungkan azan kerana beliau tidak mampu untuk menyebut nama Rasullullah ketika azan.Beliau akan menjadi sebak yang sangat tidak terhingga.  

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam),dan janganlah kamu bercerai-berai."
~Ali Imran:103~ 


Ingin mengambil ikhtibar daripada beliau juga,ingin menjadi sahabat yang baik.Beliau sentiasa menolong sahabat2nya yang berada dalam kesusahan.sebagai bukti,beliau masih percayakan Amar, walaupun orang lain mengatakan bahawa Amar telah murtad dan lari kerana takutkan seksaan dan khianat terhadap keluarga sendiri apabila ayahnya,Yasir,Ibu,Sumaiyyah dan adiknya,Abdullah dibunuh dengan seksaan yang teruk.Bilal mengatakan bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati Amar.
Beliau juga sentiasa memberikan semangat kepada sahabatnya,Uzer kerana Uzer sangat takowt dengan seksaan yang sangat teruk daripda tuan mereka.Beliau berkata,tuan mereka boleh memiliki tubuh mereka,tetapi jiwa mereka hanyalah milik allah.Beliau juga sering memberi nasihat kepada rakan2nya supaya jangan takut untuk berjuang kerana mereka akan mati syahid dan akan masuk syurga...
 
Cerita Bilal ini sangatlah mendidik hati ini agar terus cekal dalam meneruskan hidup hanya kerana ingin mencari sinar Islam dalam diri dan juga mendidik hati agar menjadi sahabat yang sentiasa menasihati dan saling memperingati kerana semoga sahabat yang baik kekal hingga ke syurga dan tidak akan membiarkan rakan2 hanyut keseorangan...
 
"Daripada al-Bara' katanya, Rasulullah telah berkata, 'tiada diantara dua orang Islam yang bertemu maka lalu berjabat tangan kedua-duanya melainkan diampunkan bagi kedua-duanya sebelum mereka berpisah'."
~riwayat Abu Daud dan Tarmizi~


P/S= untuk sahabatku- ASMAT HASEENA ABDUL KALAM..Terima kasih     untuk entry blog anda....Jazakallah ukhair... 


No comments:

Post a Comment